Lagu Pendidikan Cina

 Berdiri di kemuncak gunung

Kurenung sungai Pendidikan Cina yang berliku-liku

Mengalir lebih seratus tahun

Ribuan ombak ganas memukul pantai

Yang dipenuhi cerun curam dan batu batan

 

Setelah bertarung dengan batu rintangan

Setelah melawan arus perdana

Yang tinggal kini

Satu panorama indah menggamit hati

 

Itulah ia:

Di kaki Bukit Fulong

Di tebing sungai Muar

Sekolah Menengah Foon Yew mendepani laut

Bukit Bukau berderetan

Dalam belaian bayu dedaun getah

Dalam lambaian pepohon kelapa sawit

Pertemuan

di kota Melayu lama Melaka

Bandar Seremban

Serta lapan sekolah persendirian di Selangor

Terjalinnya ikatan silaturahim

Antara Utara-Selatan

Kemasyhuran sekolah Perak menggempar negara

Zhongling yang istimewa di pulau seberang

Kedah dan Kelantan bersemangat waja

Meninjau pantai timur yang kejauhan

Kelihatan negeri di Semenanjung Timur

Sabah dan Sarawak

Enam puluh satu, itulah angka azimat

Sekolah Persendirian Cina seluruh negara

 

Zaman beredar wajah berubah

Melahirkan generasi bermoral dan berbakat

Berbakti dan bertoleransi

Itulah misi Kolej Selatan, Kelej Hanjiang  dan Kolej New Era

Menggarap setiap saat

Kerana masa itu emas

Untuk menambah ahli pasukan yang berkaliber

Kubayangkan betapa cerahnya

Masa depan pendidikan Cina di Malaysia